Hubungi: +603 – 5524 – 0105

Hantar Mesej

Bagaimana nak dapatkan sebutharga daripada pihak Big Man Works?

Boleh hubungi kami di nombor telefon pejabat di 03-55240105 atau email kami di syazwan@bigmanworks.com.my. Pegawai kami akan menjawab pertanyaan anda dengan kadar segera.

Sudah berapa lamakah Big Man Works Sdn Bhd beroperasi?

Big Man Works Sdn. Bhd. (BMW) telah didaftarkan pada 23hb Oktober 2009 dan bergiat cergas didalam bidang Penyelenggaraan Bangunan, Luaran, Lanskap, M&E, C&S dan ICT. Kerja-kerja penyelenggaraan ini didukung oleh pengurusan yang berpengalaman dan terlatih khusus dalam bidang tersebut. Sudah hampir 15 tahun syarikat kami beroperasi. 

Apakah pengalaman dan keupayaan syarikat?

Adalah amat penting bahawa struktur projek memerlukan kakitangan yang berkebolehan, berkemahiran dan profesional serta organisasi yang membawa bersamanya pengalaman dan pengetahuan untuk memastikan ia diurus dengan baik. Kami percaya BMWSB sesuai dengan peranan ini, dengan kemahiran dan kepakaran yang berkaitan dari dalam BMWSB dan juga rakan kongsi kami. Pengalaman dan pengetahuan BMWSB yang diperoleh daripada projek sebelumnya adalah bukti keupayaannya untuk mengatur dan melaksanakan projek sambil memastikan kerja berkualiti tinggi.

Sebagai kontraktor projek, BMWSB akan bertanggungjawab ke atas projek tersebut. Kami menyampaikan penyelesaian dengan sokongan daripada rakan kongsi teknologi kami. Kami telah mengambil kira spesifikasi terperinci dan mencadangkan produk dan teknologi terkini yang terbuka, berskala dan dengan kualiti tinggi serta prestasi yang baik. Kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam projek besar di badan swasta dan kerajaan seperti SSQUAD untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan ICT untuk sektor korporat dan kerajaan.