Maklumat Syarikat
Sekapur Sireh
Big Man Works Sdn. Bhd. (BMW) telah didaftarkan pada 23hb Oktober 2009 dengan Modal Dibenarkan sebanyak RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu) dan Modal Berbayar sebanyak RM 250,000.00.
BMW adalah syarikat yang bergiat cergas didalam bidang Penyelenggaraan Bangunan, Luaran, Lanskap, M&E, C&S dan ICT. Kerja-kerja penyelenggaraan ini didukung oleh pengurusan yang berpengalaman dan terlatih khusus dalam bidang tersebut.
Bagi pembinaan projek bangunan dan infra pula adalah termasuk kerja-kerja kejuruteraan awam, penurapan dan pembaikkan jalan, pembinaan banglo serta kerja-kerja pengubahsuaian bangunan. Bahagian pembinaan ini didukung oleh sebuah lagi pengurusan berpengalaman yang terlatih khusus dalam bidang tersebut.
Bagi kerja-kerja ICT, kami berpengalaman luas di dalam sistem rangkaian termasuk kabel UTP, fiber Optik, telephone, peralatan rangkaian, wifi, sistem keselamatan rangkaian. CCTV, Access Door System, PC’s, Server, UPS, Printers dan pembangunan Green Data Center
BMW diuruskan dan ditadbir oleh pengurusan yang berpengalaman dan berpengetahuan di dalam bidang Pengurusan Pembinaan, Perkhidmatan Pembersihan Awam dan ICT
Sasaran BMW adalah bekerjasama dan menyertai arus pembangunan ekonomi Malaysia dan berhasrat untuk menjadi syarikat pembinaan utama di Malaysia. Ini selari dengan pembangunan negara di dalam era globalisasi.
Big Man Works Sdn Bhd merancang untuk mempelbagaikan operasi perniagaan secara langsung dan tidak langsung. Ini selaras dengan sasaran perniagaan BMW untuk menyertai secara aktif di dalam pembangunan ekonomi negara. BMW berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berdaya saing yang tinggi demi memenuhi kepuasan hati pelanggan.
BIG MAN WORKS SDN BHD
MUSA YAACOB
Lembaga Pengarah

Mohd Zulkarnain B. Ahmad Kharman Shah
Pengarah Urusan

Musa Yaacob
CO Founder
